1. Apakah Tugas Jabatan Keretapi Malaysia (JKM)?
i) Untuk mengawal selia kendalian dalam perkhidmatan.
ii) Untuk menetapkan standard keselamatan minimum bagi kendalian kereta api.
iii) Untuk menentukan kelayakan kakitangan keretapi yang sesuai untuk pengendalian.
iv) Untuk menjaga kepentingan awam berkaitan tambang, caj pengangkutan,barang,piawai dan perkhidmatan.
v) Untuk memajukan dan menggalakkan pengembangan dan pembaikan sistem kereta api dan kemudahan serta perkhidmatan kereta api di Malaysia.
2. Di manakah letaknya Jabatan Keretapi Malaysia?
Di Aras 13, Menara DayaBumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur.
3. Adakah Jabatan Keretapi Malaysia di bawah pengelolaan KTMB?
Jabatan Keretapi Malaysia adalah Jabatan Kerajaan yang diletak dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
4. Bilakah Jabatan Keretapi Malaysia ditubuhkan?
Jabatan Keretapi Malaysia ditubuhkan pada tahun 1991 di bawah Akta Keretapi 1991.
5. Apakah Sistem Keretapi di bawah seliaan Jabatan Keretapi Malaysia?
i) Aerotrain KLIA
ii) Rapid KL (LRT 1)
iii) Rapid KL (LRT 2)
iv) Monorel Kuala Lumpur
v) Monorel Sunway
vi) Keretapi Kuantan - Kerteh
vii) Keretapi Tanah Melayu (KTM)
Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.