Untuk kelulusan projek-projek kereta api, tugas Jabatan bermula dengan penerimaan permohonan kelulusan skim kereta api daripada pihak pemaju kereta api. Skim yang dikemukakan mengandungi perkara-perkara seperti terkandung dalam seksyen 7 Akta Keretapi iaitu

Jenis dan sistem kereta api yang dicadangkan;
Laluan am dan tempat terminal bagi sistem kereta api yang dicadangkan;
Aspek keselamatan sistem kereta api yang dicadangkan;
Struktur tambang atau tambang muatan yang dicadangkan; dan
Apa-apa perkara lain yang akan membolehkan Menteri menilai skim kereta api itu.

Setelah penelitian awal dilaksanakan oleh Bahagian Korporat dan Bahagian Teknikal Jabatan Keretapi, perjumpaan diadakan dengan pihak pemaju bagi membentangkan skim kereta api tersebut supaya:

Pihak Jabatan dapat mengesahkan semua fakta yang terkandung dalam skim tersebut adalah betul dan tidak akan ada sebarang perubahan terhadap kandungannya;
Kedua-dua bahagian Teknikal dan Korporat dapat menyemak skim tersebut bersama-sama dengan pihak pemaju;
Pihak Jabatan dapat mengemukakan ulasan ke atas skim tersebut untuk tindakan lanjut pihak pemaju;
Kedua-dua bahagian Teknikal dan Korporat dapat menyemak skim tersebut bersama-sama dengan pihak pemaju;
Pihak pemaju mengambil tindakan susulan seperti mengemukakan pelan-pelan pembinaan, memberi maklumat lengkap dan terperinci; dan
Jabatan Keretapi dapat memaklumkan kepada pihak pemaju tentang kaedah pemeriksaan awam ke atas projek tersebut
Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.