SPAD ditubuhkan mantapkan pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2009 KERAJAAN akan menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan menambah baik sistem pengangkutan awam secara menyeluruh.

Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dijangka siap menjelang akhir 2010 sementara projek sambungan transit aliran tingan (LRT) berjalan lancar dengan tambahan trek sepanjang 34.7 kilometer dan 26 stesen baru di Aliran Kelana Jaya dan Ampang.Pembinaan akan bermula pada awal 2010 dan akan siap pada 2012. Kerajaan juga mengenal pasti beberapa projek yang dilaksanakan secara off-budget termasuk pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
LCCT akan dibina dengan kos RM2 bilion dan beroperasi sepenuhnya pada bulan September 2011.

Turut dinaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan kos RM250 juta yang dijadualkan siap pada akhir 2011. Antara lapangan-lapangan terbang lain yang dinaik taraf ialah di Kuching dan Kota Kinabalu serta Batu Berendam, Melaka dan Kota Bharu, Kelantan.
Sumber bahan : Utusan Malaysia

 
Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.