Persidangan Bersama KTMB-SRT Ke-29 di Chiang Mai,
Thailand dari 4 – 8 Jun 2008


Persidangan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan secara bersama oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mewakili Kerajaan Malaysia, manakala pihak State Railways of Thailand (SRT) mewakili Kerajaan Thailand. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di Hotel Imperial Mae Ping di Chiang Mai. Delegasi daripada Malaysia diketuai oleh Pengarah Urusan KTMB, YBhg Dato’ Mohd Salleh Abdullah sementara delegasi SRT diketuai oleh En. Nakorn Chantasorn. Pihak Jabatan turut menghantar seorang pegawai teknikal sebagai pemerhati untuk persidangan kali ini.

Persidangan bersama ini membincangkan pelbagai isu yang melibatkan operasi dan pengurusan kedua-dua pihak. Beberapa persetujuan telah dicapai dalam persidangan ini, antara lain bertujuan untuk memantapkan lagi kerjasama yang telah terjalin antara KTMB dan SRT.  Menerusi perbentangan kertas kerja oleh kedua-dua pihak, ia dapat memberi pengetahuan dan berkongsi pengalaman untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Secara umumnya, persidangan ini banyak memberi manfaat kepada kedua-dua pihak untuk terus meningkatkan kerjasama bukan sahaja diperingkat syarikat tetapi juga hubungan diplomatik kedua-dua Negara.

Ketua delegasi pada acara pembukaan rasmi.


Papan tanda stesen.


Kawasan menunggu di platform

 
 
 
 
Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.