 |
Kelulusan Bersyarat Skim Keretapi |
| |
Permohonan skim keretapi bersyarat akan diuruskan untuk kelulusan menteri pengangkutan dalam masa dua (2) minggu selepas diterima dokumen permohonan kelulusan skim yang lengkap. |
|
 |
Kelulusan Muktamad Skim Keretapi |
| |
Kami akan berusaha untuk mendapat kelulusan skim keretapi muktamad selepas dua (2) minggu daripada tamat tempoh pameran awam dokumen-dokumen skim jika tiada bantahan. Jika ada bantahan, kami akan menyelesaikannya seberapa segera. |
|
 |
Bantahan & Rayuan Terhadap Pembukaan Kereta api |
| |
Semua bantahan dan rayuan berkaitan pembangunan keretapi diberi perhatian sewajarnya dan disusuli tindakan jika diperlukan. |
|
 |
Kelulusan Pembukaan Keretapi |
| |
Kami akan mengesyorkan kelulusan untuk sesuatu sistem kereta api atau bahagiannya, kepada menteri pengangkutan supaya kelulusan diberi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh pemeriksaan cermat, atau dalam satu tempoh yang kurang daripada tempoh itu, yang dipersutujui bersama. |
|
 |
Pengeluaran Lesen Dan Syarat Pengangkutan |
| |
Kami akan menguruskan kelulusan lesen & syarat pengangkutan kereta api bagi sesuatu sistem keretapi api baru serentak dengan kelulusan pembukaan kereta api kepada awam. |
|
 |
Resit Untuk Bayaran |
| |
Setiap bayaran lesen akan dikeluarkan resit pada hari pembayaran diterima seterusnya dihantar melalui pos pada hari yang sama. |
|
 |
Pemeriksaan Berkala |
| |
Kami akan membuat pemeriksaan berkala terhadap setiap sistem keretapi sekurang-kurangnya setahun sekali. |
|
 |
Aduan Tentang Perkhidmatan |
| |
Setiap aduan tentang perkhidmatan mana-mana syarikat kereta api akan disusuli tindakan untuk menyelesaikannya sebaik yang boleh. |
|