Subseksyen 25(1) Akta Keretapi (Akta 463) menyebut bahawa :
"Tiada kereta api boleh dibuka tanpa kelulusan
Menteri. "
Subseksyen 25(2) pula menyatakan :
" Menteri hendaklah memberikan kelulusannya bagi pembukaan suatu
keretapi hanya setelah dia menerima suatu laporan bertulis daripada
jurutera yang dilantik Ketua Pengarah bahawa-
 |
dia telah membuat pemeriksaan cermat akan kereta api itu; |
|
 |
berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stokereta adalah seperti yang telah ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan |
|
 |
pada pendapatnya pembukaan kereta api itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barang-barang yang dibawa di atasnya. " |
Dalam proses penyediaan laporan (seterusnya dipanggil Laporan Jurutera)
seperti dikehendaki pada Seksyen 25(2), Jurutera Jabatan ini akan menjalankan
pemeriksaan terhadap semua aspek sistem kereta api itu bagi memastikan
ia memenuhi penentuan yang ditetapkan dan semua aspek keselamatan sistem
kereta api telah diadakan dan berfungsi dengan baik. Laporan Jurutera
juga disediakan berdasarkan lawatan tapak yang telah dijalankan sejak
projek mula dilaksanakan, mesyuarat yang dihadiri, penyaksian ujian
dan rekod kualiti yang diperiksa.