Sejarah Penubuhan Jabatan Keretapi Malaysia
Jabatan Keretapi ialah sebuah jabatan persekutuan di
bawah Kementerian Pengangkutan.
Jabatan Keretapi diwujudkan pada 1 Ogos 1992 apabila Pentadbiran Keretapi
Tanah Melayu diperbadankan menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad. Akta
Keretapi 1991 di bawah Seksyen 2 memperuntukkan kuasa kepada Menteri
Pengangkutan untuk melantik seorang pegawai awam menjadi Ketua Pengarah
bagi menjalankan segala tugas dan fungsi yang diperuntukkan di bawah
akta tersebut.
Sejak Jabatan Keretapi ditubuhkan hingga 7 Mei 2001,
pejabat asalnya terletak di Tingkat 2, Blok B, Wisma Semantan, Jalan
Gelenggang, 50490 Kuala Lumpur. Dari 8 Mei 2001 hingga 31 Julai 2003
, pejabat Jabatan Keretapi Malaysia terletak di Aras 4, Blok D5, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. Pada 1 Ogos 2003,
pejabat Jabatan telah berpindah ke aras 13, Menara Dayabumi, Jalan Sultan
Hishamuddin, 50050 hingga kini.
Wawasan Jabatan Keretapi
Untuk menggalakkan perkhidmatan semua jenis kereta
api menjadi satu perkhidmatan pengangkutan barangan dan penumpang yang
popular, selamat, selesa dan cekap bagi faedah orang ramai dan negara
dengan harga berpatutan bagi memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.
Objektif Jabatan Keretapi
Objektif Jabatan Keretapi ialah untuk mengawal selia
kendalian perkhidmatan kereta api dan menetapkan serta menguatkuasakan
peraturan dan piawai supaya perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat,
cekap, selesa dan berkesan ke arah menggalakkan pembangunan sosioekonomi
negara