Kawal Selia Projek Keretapi

Pelesenan kepada Syarikat Keretapi yang akan mengendalikan mana-mana kereta api adalah terkandung dalam Seksyen 23 Bahagian V di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) Undang-undang Malaysia. Di bawah seksyen ini dengan jelas menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh mengendalikan keretapi kecuali dengan permohonan lesen yang telah diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.

Lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Keretapi Malaysia kepada pengendali dengan kelulusan Menteri Pengangkutan perlu dinyatakan dengan jelas kandungan seperti di bawah:

Kerja kawal selia di peringkat pembinaan bermatlamat untuk Jabatan ini :

Jenis sistem dan perkhidmatan kereta api yang akan dikendalikan oleh sesuatu syarikat keretapi
Fee tahunan yang kena dibayar oleh sesuatu syarikat keretapi
Perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh sesuatu syarikat kereta api
Apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Pengangkutan
Jangka masa lesen
Kemudahan dan perkhidmatan tambahan seperti premis komersial, tempat letak kereta, mesin 'vending' dan lain-lain.
Penggunaan landasan oleh lain-lain syarikat keretapi
Syarat-syarat pengangkutan
Penyenggaraan kereta api dan premis keretapi
Gangguan terhadap perkhidmatan kereta api
Pembukaan dan penutupan stesen keretapi
Pelan Tindakan Kecemasan (ERP)
Prosedur menangani aduan penumpang
Pembayaran lesen tahunan
Pematuhan kepada syarat dan peraturan oleh Kerajaan dan Jabatan Keretapi
Pembaharuan lesen setiap 5 tahun sehingga tamat tempoh Perjanjian Konsesi
Tanggungjawab mematuhi perjanjian
Manual operasi dan penyenggaraan
Lesen tidak boleh dipindah milik
Insurans
Perubahan atau penambahan syarat baru
Pembatalan atau penarikan balik lesen

Bermula dari awal penubuhan Jabatan Keretapi iaitu tahun 1992 sehingga terkini tahun 2002 terdapat 7 Syarikat Keretapi yang telah dilesenkan dan terletak di bawah kawal selia Jabatan ini.

Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.