1.1 Pendahuluan

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 88(1) dan perenggan 88(2)(a) dan (b) Akta Keretapi 1991, Ketua Pengarah, dengan kelulusan Menteri, membuat Peraturan-Peraturan Keretapi (Zon Perlindungan Keretapi) 1998 dan berkuat kuasa pada 15 Oktober 1998. Peraturan-peraturan ini tidaklah terpakai terhadap keretapi yang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu Jabatan Keretapi kini di dalam proses mengadakan garis panduan untuk memudahkan pihak luar berurusan dengan syarikat-syarikat kereta api apabila pembangunan yang dijalankan pihak luar tersebut memasuki atau berhampiran laluan kereta api kendalian syarikat-syarikat tersebut.

Seterusnya kelulusan akan diberikan Jabatan Keretapi setelah permohonan pembangunan diproses dan disokong syarikat-syarikat kereta api terbabit.

Di dalam garis panduan tersebut terdapat syarat-syarat pembangunan dan pembinaan yang perlu dipenuhi pihak luar sebelum menjalankan sebarang pembangunan dan pembinaan dalam atau berhampiran kawasan laluan kereta api.

1.2 Proses permohonan

Untuk menggalakkan perkhidmatan semua jenis keretapi menjadi satu perkhidmatan pengangkutan barangan dan penumpang yang popular, selamat, selesa dan cekap bagi faedah orang ramai dan negara dengan harga berpatutan bagi memenuhi permintaan semasa dan masa hadapan.

(i) Pembinaan melintasi bawah laluan keretapi, seperti
-Paip air/gas
-Kabel elektrik/telekomunikasi
-Pembetung
-Jambatan
(ii) Pembinaan dalam rezab tanpa melintasi laluan keretapi, seperti :
-paip air dan kabel elektrik/telekomunikasi
-Jejambat (jalan raya)
-Bangunan
(iii) Pembinaan melintasi atas laluan keretapi, seperti :
-paip air dan kabel elektrik/telekomunikasi
-Jejambat (jalan raya)
-Bangunan
(iv) Pembinaan lintasan rata "sementara"
Alamat permohonan perlu dimajukan Semua permohonan pembangunan dalam laluan kereta api perlu dimajukan kepada Ketua Pengarah Keretapi dan disalinkan kepada Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi syarikat-syarikat keretapi terbabit lengkap dengan butiran seperti dinyatakan pada perenggan 1.4.3 seterusnya.
Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.