Kawal Selia Perlaksanaan Projek Keretapi
Berdasarkan kepada Akta Keretapi 1991 (Akta 463), perenggan
4(1)(a) menyebut tentang tugas dan fungsi Jabatan Keretapi, iaitu :"
untuk mengawal selia kendalian kereta api dan perkhidmatan kereta api".Kerja
kawal selia Jabatan ini bermula dari peringkat perancangan projek, pelaksanaan
projek dan semasa operasi (setelah pembukaan kepada orang awam). Bahagian
ini akan menerangkan kerja kawal selia yang dijalankan semasa perancangan
dan pelaksanaan projek. Manakala, kerja kawal selia semasa operasi akan
dijelaskan pada bahagian berikutnya dalam laporan ini bawah tajuk Pemeriksaan
Berkala.
Kerja kawal selia di peringkat perancangan lebih menumpukan
penelitian cadangan yang dikemukakan oleh bakal kontraktor/ pengendali
kereta api/ pemegang konsesi dari aspek teknikal, kewangan, persekitaran
dan hal-hal lain yang berkaitan dengan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan
ke arah menggalakkan pembangunan sosioekonomi negara.
Kerja kawal selia di peringkat pembinaan bermatlamat untuk Jabatan ini :
| (i) |
memastikan bahawa pembinaan kereta api dibuat mengikut penentuan yang telah ditetapkan dalam perjanjian yang ditandatangani antara kontraktor/pemegang konsesi dengan kerajaan; |
|
| (ii) |
mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang masalah semasa pembinaan; |
|
| (iii) |
memastikan jadual pembinaan dipatuhi. |
Aktiviti-aktiviti kawal selia yang dijalankan di peringkat pembinaan ialah seperti berikut :
| (i) |
meneliti pelan/lukisan teknikal yang perlu dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan; |
|
| (ii) |
meneliti laporan kemajuan projek; |
|
| (iii) |
mengadakan lawatan tapak dari semasa ke semasa; |
|
| (iv) |
menghadiri mesyuarat tapak/ mesyuarat kemajuan projek/ mesyuarat penyelarasan projek yang dianjurkan jabatan sendiri atau pihak lain yang berkenaan; |
|
| (v) |
menyaksikan pengujian terhadap sistem/subsistem kereta api; |
|
| (vi) |
memantau projek dengan memastikan kontraktor/pemegang konsesi mengambil tindakan segera membaiki sebarang kecacatan/kelemahan semasa kerja pembinaan dijalankan atau semasa sistem /subsistem kereta api diuji. |