Fungsi Utama Jabatan Keretapi

(a) Berasaskan Akta Keretapi 1991, tugas dan fungsi Jabatan Keretapi Malaysia meliputi perkara-perkara berikut :

(i) mengawal selia kendalian kereta api dan perkhidmatan kereta api;
(ii) menetapkan piawai keselamatan minimum bagi kendalian kereta api;
(iii) menentukan supaya orang yang mengendalikan kereta api mempunyai kelayakan yang sesuai;
(iv) menjaga kepentingan orang awam dari segi kadar, piawai atau kualiti perkhidmatan dan kemudahan;
(v) memajukan dan menggalakkan pengembangan dan pembaikan sistem keretapi.

(b) Tugas ini dilaksanakan oleh dua bahagian utama Jabatan Keretapi Malaysia iaitu, Bahagian Teknikal dan Bahagian Hal Ehwal Korporat.

Pelanggan Jabatan Keretapi

Pelanggan Jabatan Keretapi ialah pengendali kereta api sedia ada iaitu syarikat-syarikat kereta api seperti KTMB, RAPID KL, MAB (TTS di KLIA), Monorel Sunway, Monorel KL dan Express Rail Link-KLIA. Pelanggan tidak langsung ialah pengguna perkhidmatan kereta api iaitu penumpang-penumpang dan penghantar barang-barang melalui kereta api barang.

Kawal selia Jabatan Keretapi tidak termasuk Keretapi Negeri Sabah dan Keretapi Bukit Bendera, Pulau Pinang seperti yang dinyatakan dalam Akta Keretapi 1991.





Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.