BAHAGIAN IX
KESALAHAN DAN PENALTI
54. Mana~mana pegawai keretapi yang—
57. Mana-mana orang yang— (a) pada bila-bila masa memasuki atau meninggalkan atau cuba memasuki atau meninggalkan mana-mana koc keretapi selain daripada melalui pintu yang disediakan bagi maksud itu di sisi koc itu yang berhampiran dengan platform atau tempat seumpamanya yang lain yang ditetapkan oleh syarikat keretapi sebagai tempat bagi orang-orang memasuki atau meninggalkan sesuatu koc keretapi; atau (b) membuka mana-mana pintu luar mana-mana koc sedemikian sernasa Ia sedang bergerak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(a) menahan kemasukan sah penumpang lain ke dalam sesuatu koc keretapi atau bahagian koc keretapi yang tidak dikhaskan oleh syarikat keretapi bagi kegunaan penumpang yang menahan itu; (b) selepas tidak dibenarkan masuk ke dalam sesuatu tren oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, namun begitu berkeras untuk memasuki atau cuba memasuki tren itu; atau (c) setelah menaiki suatu tren di mana-mana tempat dan setelah diminta oleh seorang pegawai keretapi, oleh sebab tren itu penuh, supaya meninggalkan tren itu sebelum tren itu meninggalkan tempat itu, tidak mematuhi permintaan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit dan, sebagai tambahan, boleh dikeluarkan daripada keretapi itu oleh mana-mana pegawai keretapi. 59. Mana-mana orang yang— (a) berkelakuan mengikut cara yang tak senonoh atau sumbang
atau melakukan apa-apa kacau ganggu di atas sesuaUi koc keretapi- atau
di atas mana-mana premis keretapi; atau adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, pesalah itu boleh dikeluarkan oleh mana-mana pegawai keretapi daripada mana-mana koc atau premis keretapi itu dan hendaklah, jika dia seorang penumpang, dilucuthakkan tambangnya. 60. Mana-mana orang yang menggunakan secara tak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh sesuatu syarikat keretapi dalam mana-mana koc atau di atas mana-mana tren bagi kegunaan penumpang-penumpang untuk memberhentikan sesuatu tren dalam hal kecemasan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. 61. Mana-mana orang yang mengalihkan, mencacatkan atau dengan apa-apa jua cara mengganggu mana-mana tonggak, pancang, atau tanda lain, yang diletakkan oleh atau bagi maksud-maksud sesuatu syarikat keretapi di sepanjang landasan keretapi atau berdampingan dengannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. 62. Mana-mana onang yang menceroboh sesuatu keretapi atau mana-mana premis keretapi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila.disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan meninggalkan keretapi atau premis keretapi itu apabila diminta berbuat demikian oleh mana-mana pegawai keretapi, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta daripada keretapi atau premis keretapi. 63. Mana-mana orang yang dengan sengaja menunggang, membawa, atau memandu atau menghalau ke atas atau melintasi landasan keretapi apa-apa kenderaan atau haiwan, kecuali apabila secara terus melintasi Landasan keretapi itu di mana-mana jalan atau tempat yang ditetapkan bagi maksud itu pada masa yang dia boleh berbuat demikian dengan sah, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap kesalahan.
(a) dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan mana-mana keretapi atau mana-mana harta yang dipunyai oleh suatu syarikat keretapi; (b) mengalihkan pasir, batu, tanah atau apa-apa perkara atau benda lain daripada tebing, jambatan, pembetung, tembok penahan atau landasan keretapi kepunyaan suatu syarikat keretapi; atau (c) menebang balak mengikut cara yang berkemungkinan membahayakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu, atau menyebabkan kerosakan kepada landasan keretapi itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang mengikat dawai bagi pagar dawai, memecahkan atau memusnahkan apa-apa pagar atau pagar hidup, atau melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau berkemungkinan merosakkan apa-apa pagar atau pagar hidup yang berkaitan dengan suatu keretapi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. (3) Mana-mana orang yang, dengan sengaja atau dengan cuai, melencongkan mana-mana anak sungai atau parit atau, melalui apa-apa cara, menyebabkan air mengalir ke atas keretapi atau menyebabkan kerosakan kepada sesuatu keretapi mengikut apa-apa cara melalui air, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya (4) Mana-mana orang, yang mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan batu-bata, batu kerikil, balak, bahanapi, atau apa-apa bahan lain kepada syarikat keretapi, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan bahan itu kepada syarikat keretapi, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tak selamat atau tak cermat, atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dan rel-rel itu, sehinggakan keselamatan tren yang lalu atau mana-mana orang di dalam atau di atas tren itu dibahayakan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan se1ama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(a) mana-mana orang membuka atau cuba membuka mana-mana
get yang diletakkan dmana-mana belah landasan keretapi yang merintangi
sesuatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa
atau cuba untuk memandu atau membawa,apa-apa kenderaan, haiwan atau benda
lain melintasi (b) semasa ketiadaan seorang penjaga get, mana-mana orang tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, tidak mengunci sesuatu get seperti yang disebut terdahulu sebaik sahaja dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain yang di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(b) mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau perkara atau benda lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi; (c) memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan apa-apa tempat keretapi atau jentera lain yang berkaitan dengan sesuatu keretapi; (d) menggerakkan mana-mana bahagian stokereta di atas landasan keretapi atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan keretapi; (e) membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa isyarat atau lampu di atas atau berhampiran dengan sesuatu kcretapi; atau (f) melakukan atau menyebabkan dilakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubungan dengan sesuatu keretapi,
67. Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stokereta yang membentuk sebahagian daripada suatu tren dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas stokereta itu atau di dalam atau di atas mana-mana stokereta lain yang membentuk sebahagian daripada tren yang sama adalah melakukan suatu kcsalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. 68. Jika mana-mana orang yang bukan seorang pegawai keretapi, tanpa alasan yang munasabah, dengan membuat apa-apa pergerakan atau mempertunjukkan apa-apa isyarat atau selainnya, menyebabkan tren yang sedang bergerak berhenti, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak, melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
70. Mana-mana orang yang dengan gopoh atau dengan cuai, dan tanpa alasan sah, melakukan apa-apa perbuatan yang berkemungkinan membahayakan keselamatannya sendiri atau keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau yang berada di atas sesuatu keretapi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak rnelebihi enam bulan atau kedua-duanya
72. Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan sesuatu kesalahan dan, jika tiada penalti lain diperuntukkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
75. (1) Apabila mana-mana orang disabitkan di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa jenayah atas suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, mahkamah itu boleh, sebagai tambahan pada pengenaan apa-apa penalti di bawah Akta ini, menentukan atau mentaksirkan amaun apa-apa tambang, caj, gantirugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang yang mungkin menjadi kena dibayar oleh orang itu kepada syarikat keretapi, dan memerintahkan amaun itu dibayar oleh orang itu kepada syarikat keretapi. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menahan pendapatan kembali apa-apa tambang, caj, gantirugi, perbelanjaan atau apa jua pun jumlah wang lain yang mungkin menjadi kena dibayar oleh manamana orang kepada syarikat keretapi melalui suatu tuntutan sivil di hadapan suatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa sivil. 76. (1) Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan kesalahan itu dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau pengetahuan, atau disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihak, mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai seumpamanya yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang dikatakan bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, maka dia, dan juga pertubuhan perbadanan itu, adalah melakukan kesalahan itu dan tindakan boleh diambil terhadapnya serta boleh dihukum dengan sewajarnya. (2) Jika hal-ehwal sesuatu pertubuhan perbadanan diuruskan oleh anggota-anggotanya, subseksyen (1) hendaklah terpakai berhubungan dengan perbuatanperbuatan dan keingkaran-keingkaran seseorang anggota berkaitan dengan fungsi-fungsi pengurusannya seolah-olah dia adalah pengarah pertubuhan perbadanan itu. 77. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberikuasa olehnya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagaimana yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya dengan memungut daripada mana-mana orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan kesalahan-kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi tiga ratus ringgit. (2) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaunkan dan cara dan prosedur untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan itu.
|