BAHAGIAN VII
KUASA-KUASA SYARIKAT KERETAPI

37. Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah menyimpan, di tiap-tiap stesen keretapi, suatu salinan jadual waktu yang sedang berkuat kuasa atas keretapi itu dan suatu senarai tambang am yang dikenakan bagi perjalanan dari stesen di mana senarai itu ditampal ke tiap-tiap tempat yang baginya tiket-tiket biasanya dikeluarkan kepada penumpang-penumpang di stesen itu, dan hendaklah membenarkan semua orang memeriksanya dengan percuma pada setiap waktu yang munasabah.

38. (1) Tiada seorang pun boleh membuat perjalanan dengan keretapi tanpa terlebih dahulu membayar tambangnya dan mendapatkan suatu tiket.
(2) Tiap-tiap orang yang berniat membuat perja1anan dengan keretapi hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberikan suatu tiket yang menyatakan kelas koc atau penginapan, dan stesen atau tempat dan mana, serta stesen atau tempat ke mana, yang baginya tambang itu telah dibayar, dan hendaklah, apabila dikehendaki berbuat demikian, menunjukkan tiketnya kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberikuasa sewajarnya untuk memeriksa tiket itu, dan hendaklah menyerahkan tiket itu apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket.

(3) Mana-mana orang yang membuat perjalanan tanpa tiket atau yang tidak mengemukakan atau menyerahkan tiketnya seperti yang disebut terdahulu hendaklah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu—

(a) tambang bagi jarak perjalanan yang telah dibuat atau, jika terdapat apa-apa keraguan tentang stesen atau tempat dan mana dia bermula, tambang dan stesen atau tempat dan mana keretapi itu mula-rnula bertolak; dan

(b) suatu caj khas sebagaimana yang ditetapkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.


(4) Tambang dan caj khas sedemikian hendaklah dibayar apabila diminta kepada mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa sewajarnya untuk memungut tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, bayarannya bolehlah didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu melalui tindakan undang-undang.


39. (1) Jika, atas permintaan yang dibuat oleh atau bagi bagi pihak suatu syarikat keretapi, mana-mana orang gagal membayar apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi daripadanya berkenaan dengan apa-apa barang, sama ada jumlah wang itu kena dibayar bagi-pembawaan, pengendalian, penyimpanan, demuraj atau caj- lain, atau sebagai pembayaran semula apa-apa jumlah Wang yang dibelanjakan oleh syarikat keretapi itu atau apa-apa jumlah wang lain walau bagaimana sekalipun ia berbangkit, maka syarikat keretapi itu boleh menahan keseluruhan atau mana-mana barang itu atau, jika barang-barang itu telah dialihkan dan premis keretapi itu, apa-apa barang lain kepunyaan orang itu yang ketika itu berada atau yang selepas itu berada dalam milikan syarikat keretapi itu.

(2) Apabila apa-apa barang telah ditahan di bawah subseksyen (1) syarikat keretapi itu boleh—

(a) dalam hal barang-barang mudah musnah, menjualkannya dengan serta-merta melalui lelong awam atau perjanjian persendirian sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat; dan

(b) dalam hal barang-barang 1ain menjual melalui lelong awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelong yang diniatkan itu yang disiarkan dalam satu atau lebih akhbar tempatan, apa-apa kuantiti barang yang memadai untuk mendapatkan semula jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan, notis dan jualan sedemikian, termasuklah, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberi makan, memberi minuman dan menjaganya.

(3) Syarikat keretapi boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun jumlah wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan kembali oleh syarikat keretapi itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barang yang masih tak terjual kepada orang yang berhak kepadanya.

(4) Jika orang yang berhak kepada barang-barang itu gagal mengalihkan mana-mana barang yang masih tak terjual dan premis keretapi itu, dalam sesuatu masa yang munasabah, syarikat keretapi itu boleh menjual keseluruhan barang—barang itu dan hendaklah, selepas memotong perbelanjaan penahanan dan penjualan lanjut barang-barang itu, memberikan lebihan hasil jualan itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(5) Orang yang berhak mengalihkan barang-barang itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi syarikat keretapi itu sejumlah wang yang sama dengan kos, caj dan perbelanjaan penahanan lanjut barang-barang itu dan tarikh penjualan di bawah subseksyen (2) sehinggalah tarikh pengalihan barangbarang itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini, syarikat keretapi itu boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebutkan dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.


40. (1) Apabila apa-apa barang telah berada dalam milikan sesuatu syarikat keretapi untuk pengangkutan atau selainnya, dan tidak dituntut oleh pemunya atau orang lain yang ternyata kepada syarikat keretapi itu sebagai berhak kepadanya, syarikat keretapi itu hendaklah, jika pemunya atau orang itu dikenali, menyebabkan suatu notis disampaikan kepada pemunya atau orang itu yang menghendaki supaya mengalihkan barang-barang itu.

(2) ika pemunya atau orang itu tidak dikenali, atau notis itu tidak boleh disampaikan kepadanya, atau jika dia tidak mematuhi notis itu, syarikat keretapi itu boleh. selepas masa yang munasabah, menjual barang-barang itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 39 dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.


41. (1) Pemunya atau orang yang menjaga mana-mana barang yang dihantar serah kepada suatu syarikat keretapi bagi maksud pengangkutan, dan konsaini mana-mana barang yang telah diangkut itu, hendaklah, atas permintaan mana-mana pegawai keretapi yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh syarikat keretapi, menghantar serah kepada pegawai itu suatu akuan bertulis yang ditandatangani oleh pemunya atau orang itu, atau oleh konsaini itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengandungi suatu perihalan barang-barang sebagaimana yang memadai untuk menentukan kadar caj yang berhak dikenakan oleh syarikat keretapi itu berkenaan dengannya.

(2) Jika pemunya, orang, atau konsaini itu enggan atau abai memberikan suatu akuan sedemikian atau enggan membuka bungkusan yang mengandungi barang-barang itu supaya perihalannya boleh ditentukan, syarikat keretapi itu boleh—

(a) berkenaan dengan barang-barang yang telah dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan membawa barang-barang itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang; atau

(b) berkenaan dengan barang-barang yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.

(3) Jika suatu akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1) adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan mana-mana barang yang dikatakan dimaksudkan olehnya, dan yang telah diangkut, maka syarikat keretapi itu boleh mengenakan, berkenaan dengan pengangkutan barang-barang itu, suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas keretapi bagi apa-apa kelas barang.


(4) Jika apa-apa perselisihan berbangkit di antara seorang pegawai keretapi dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau konsaini, mana-mana barang yang telah dihantar serah untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barang-barang yang menjadi subjek suatu akuan di bawah seksyen ini, pegawai keretapi itu boleh menahan dan memeriksa barang-barang itu.

(5) Jika ternyata daripada pemeriksaan itu bahawa perihalan barang-barang itu. adalah berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), orang- yang menghantar serah akuan itu, jika orang itu bukan pemunya barang-barang itu, maka orang itu dan pemunya barang-barang itu secara bersesama dan berasingan, adalah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos penahanan dan pemeriksaan barang-barang itu, dan syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin telah disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan barang-barang itu.

(6) Jika ternyata bahawa perihalan barang-barang itu tidak berbeza daripada apa yang dinyatakan dalam akuan yang dihantar serah di bawah subseksyen (1), syarikat keretapi itu hendaklah membayar kos penahanan dan pemeriksaan itu, dan hendaklah bertanggungjawab kepada pemunya barang-barang itu atas apa-apa kerugian seperti yang disebut terdahulu.

(7) Mana-mana orang yang terjejas secara mudarat oleh peruntukan-peruntukan subseksyen (3) atau (5) boleh, melainkan jika dia telah terdahulu mengakui liabilitinya, dalam masa tujuh hari dan pembuatan suatu tuntutan oleh atau bagi pihak syarikat keretapi itu di bawah mana-mana subseksyen yang terdahulu, menghendaki, melalui notis bertulis, syarikat keretapi itu supaya mendapatkan tuntutan itu melalui guaman atau tindakan, dan sehingga penamatan guaman atau tindakan itu, hak syarikat keretapi untuk mendapat tuntutan itu melalui penjualan dan penahanan hasilnya mengikut cara yang ditetapkan di bawah seksyen ini adalah tergantung.

42. (1) Tiada seorang pun boleh membawa atau menyebabkan dibawa ke atas keretapi atau menghendaki sesuatu syarikat keretapi mengangkut atau memegang apa-apa barang merbahaya atau memudaratkan di atas keretapi kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barang-barang merbahaya atau memudaratkan.

43. Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah mengadakan segala kemudahan munasabah bagi menerima,menghantar, dan menghantar serah trafik di atas keretapi.

44. Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain suatu syarikat keretapi tidak boleh disifatkan sebagai suatu pengangkut am atau tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pengangkut-pengangkut am.