BAHAGIAN VI
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN SYARIKAT KERETAPI
31. Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap syarikat keretapi— (b) untuk memajukan dan menyenggarakan suatu sistem keretapi yang cekap. 32. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui peraturan-peraturan, menetapkan apa-apa standard prestasi berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan keretapi yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh sesuatu syarikat keretapi. (2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (I), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh— (a) membuat peruntukan-peruntukan mengenai prosedur-prosedur yang hendak diikuti bagi menguatkuasakan standard-standard yang ditetapkan; dan (b) menetapkan hal-hal keadaan di mana sesuatu syarikat keretapi boleh dikecualikan daripada kehendak-kehendak peraturan-peraturan itu. 33. (1) Dalam masa tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan sesuatu syarikat keretapi atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pengarah-pengarah syarikat keretapi itu hendaklah menghantar serah kepada Ketua Pengarah— (a) suatu laporan mengenai kendalian syarikat keretapi itu dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah mentaksirkan syarikat keretapi itu; dan (b) kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunan terauditnya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan-laporan juruaudit dan pengarah-pengarahnya. (2) Laporan yang dikehendaki oleh perenggan (1)(a) hendaklah dalam bentuk yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(a) apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan operasi syarikat keretapi itu; (b) ramalan mengenai penumpang-penumpang atau barang-barangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama apa-apa tempoh dan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah; dan (c) pelan-pelan kemajuan masa - hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang perlu disediakan oleh syarikat itu di bawah syarat-syarat lesen.
(2) Sesuatu syarikat keretapi yang gagal mematuhi seksyen ini atau seksyen 33 atau 34 hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari yang keingkaran itu berterusan selepas hari yang ketiga puluh dan tarikh syarikat itu dikehendaki mengemukakan laporan atau maklumat itu.
(2) Bagi maksud-maksud perenggan (1) (a), ungkapan “kawalan”,
berhubungan dengan sesuatu syarikat keretapi, ertinya mempunyai kuasa,
secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan
polisi syarikat keretapi, itu. |