BAHAGIAN V
PELESENAN SYARIKAT KERETAPI DAN PEMBUKAAN KERETAPI

23.

(1) Kecuali menurut suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 80, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana keretapi kecuali di bawah suatu lesen yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen ini.
.
(2) Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat secara bertulis, dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(3) Apabila menerima suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2), Menteri boleh—

(a) meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan Lesen kepada pemohon atas pembayaran apa-apa fee yang difikirkannya patut; atau

(b) menolak permohonan itu.


(4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika suatu skim keretapi telah diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen 8 (7), syarikat keretapi yang mengemukakan skim keretapi itu hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat atau kehendak yang dikenakan oleh Menteri atas kelulusan itu, disifatkan sebagai seorang pemohon yang berkelayakan dan sesuai bagi maksud mengendalikan keretapi yang diluluskan di bawah skim keretapi itu dan Menteri hendaklah, atas permohonan syarikat keretapi itu di bawah subseksyen (2), meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan suatu lesen kepada syarikat keretapi itu atas pembayaran apa-apa fee sebagaimana yang difikirkannya patut.


(5) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) atau (4) hendak1ah menyatakan jangka masa lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—

(a) jenis sistem dan perkhidmatan keretapi yang akan dikendalikan oleh sesuatu syarikat keretapi;

(b) fee lesen tahunan yang kena dibayar oleh sesuatu syarikat keretapi;


(c) kewajipan-kewajipan khusus sesuatu syarikat keretapi berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan keretapi yang dikendalikan atau kemudahan-kemudahan yang disediakan olehnya; dan

(d) apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.


(6) Pengeluaran suatu lesen kepada sesuatu syarikat keretapi oleh Menteri di bawah subseksyen (3) atau (4) tidak akan mengenakan apa-apa tanggungan ke atas Kerajaan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran syarikat itu.


24.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), sesuatu syarikat keretapi hendaklah, sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh yang dimaksudkan bagi pembukaan sesuatu keretapi, memberi Ketua Pengarah notis bertulis mengenai niatnya untuk membuka keretapi itu.

(2) Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut
atau atas permohonan sesuatu syarikat keretapi,
mengurangkan tempoh atau mengetepikan notis yang disebutkan dalam subseksyen (1).


25. (1) Tiada keretapi boleh dibuka tanpa kelulusan Menteri


(2) Menteri hendaklah memberikan kelulusannya bagi keretapL pembukaan suatu keretapi hanya setelah dia menerima suatu laporan bertulis daripada jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah bahawa—

(a) Dia telah membuat pemeriksaan cermat akan keretapi itu;

(b) berat rel, kekuatan jambatan, sifat struktur am kerja-kerja, dan saiz serta muatan kasar maksimum di atas gandar mana-mana stokereta ada1ah seperti yang telah ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan

(c) pada pendapatnya pembukaan keretapi itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada penumpang-penumpang atau apa-apa kerosakan kepada barang-barang yang dibawa di atasnya.

(3) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis—


(a) bagi apa-apa kerja tambahan yang menjadi sebahagian daripada atau berkaitan secara langsung dengan keretapi yang telah dibina selepas pemeriksaan yang mendahului pembukaan pertama keretapi itu; dan


(b) bagi apa-apa pembinaan semula yang menyentuh secara material sifat struktur mana-mana keretapi.


26. Selepas sesuatu keretapi telah dibuka, keretapi itu hendaklah diperiksa oleh seorang jurutera, yang hendaklah dilantik oleh Ketua Pengarah, mengikut apa— apa cara dan pada apa-apa lat tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

27.

(1) Jika selepas pemeriksaan sesuatu keretapi jurutera berpendapat bahawa penggunaan keretapi itu
akan menyebabkan bahaya kepada orang awam atau
kerosakan kepada barang-barang yang dibawa di
atasnya, dia hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai pendapatnya itu berserta dengan alasan-alasan baginya.

(2) Ketua Pengarah boleh sesudah itu memerintahkan keretapi itu ditutup, atau dalam hal.sesuatu stokereta, memerintahkan supaya penggunaan stokereta itu diberhentikan atau supaya keretapi itu digunakan hanya atas apa-apa syarat sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah bagi keselamatan orang awam atau barang-barang yang dibawa di atasnya.


28.

(1) Sesuatu keretapi yang telah diperintahkan supaya ditutup tidak boleh dibuka sehinggalah ia telah diperiksa oleh seorang jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah dan pembukaan semulanya telah diluluskan oleh Menteri.

(2) Stokereta yang telah diperintahkan supaya diberhentikan penggunaannya di bawah seksyen 27 tidak boleh digunakan sehinggalah ia telah diperakukan sebagai sesuai untuk digunakan oleh seorang jurutera yang dilantik oleh Ketua Pengarah selepas pemeriksaan dan Ketua Pengarah telah meLuluskan penggunaanny’a.

29. Apabila suatu kemalangan telah berlaku, yang mengakibatkan penggantungan sementara trafik, dan landasan dan kerja-kerja asal telah dipulihkan dengan cepat kepada standard asalnya atau suatu pelencongan sementara telah dibentangkan bagi maksud memulihkan perhubungan, maka landasan dan kerja-kerja asal yang dipulihkan sedemikian boleh dibuka semula atau pelencongan sementara itu dibuka, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:

(a) bahawa pegawai keretapi yang menjaga kerja-. kerja yang diusahakan disebabkan oleh kemalangan itu telah memperakui secara bertulis bahawa pembukaan semula landasan dan kerja-kerja yang dipulihkan itu atau pembukaan pelencongan sementara itu tidak akan, pada pendapatnya, menyebabkan apa-apa bahaya kepada orang awam, atau apa-apa kerosakan kepada barang-barang yang dibawa di atasnya; dan

(b) bahawa notis bertulis mengenai pembukaan semula landasan dan kerja-kerja itu atau pembukaan pelencongan itu hendaklah telah dihantar kepada Ketua Pengarah.

30. Mana-mana syarikat keretapi yang bertindak berlanggaran dengan Bahagian ini adalah melakukan suatu kesalahan am dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.