BAHAGIAN IV
PEMBINAAN DAN KERJA-KERJA

11. (1) Tertakluk kepada Akta ini, bilamasa perlu untuk berbuat demikian, syarikat keretapi boleh, bagi maksud membina keretapi atau kemudahan atau kerja-kerja lain yang berkaitan dengannya—

(a) membuat atau membina di, pada, merintangi, di bawah atau di atas mana-mana tanah atau sungai, apa-apa kerja atau struktur sementara, termasuklah jalan, jambatan, rel, jalan lalu, konduit dan parit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu; dan

(b) mengubah secara sementara haluan mana-mana jalan, Lebuh atau jalan lalu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat keretapi itu.


(2) Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), syarikat keretapi itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan semasa ke semasa.

(3) Suatu syarikat keretapi hendaklah, sebelum menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), memberi notis kepada tuan punya atau penduduk tanah itu mengenai niatnya untuk memasuki tanah itu.

(4) Notis yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah dinyatakan dengan selengkap dan setepatnya yang mungkin jenis dan takat tindakan-tindakan yang diniatkan hendak dilakukan.

(5) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan bentuk notis yang disebutkan dalam subseksyen (3) dan cara bagaimana notis itu boleh disampaikan ke atas tuan punya atau penduduk tanah.


12. (1) Ketua Pengarah boleh, dalam hal apa-apa kemalangan yang berlaku atau yang dibimbangkan akan berlaku pada apa-apa tambahan, benteng atau kerja lain yang di bawah kawalan suatu syarikat keretapi, membenarkan syarikat keretapi itu memasuki mana-mana tanah yang berdampingan dengan keretapinya bagi maksud menjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan dan untuk melakukan segala kerja yang perlu bagi maksud itu.
.
(2) Wa1au apa pun subseksyen (1), syarikat keretapi boleh, dalam hal peri mustahak, memasuki mana-mana tanah bagi maksud rnenjalankan pembaikan atau mencegah suatu kemalangan tanpa mendapat kebenaran terdahulu Ketua Pengarah, tetapi dalam hal sedemikian syarikat keretapi itu hendaklah, dalam masa dua puluh empat jam selepas kemasukan itu, membuat satu laporan kepada Ketua Pengarah, dengan menyatakan jenis kemalangan atau kemalangan yang dibimbangkan itu dan jenis kerja yang perlu dilakukan.

(3) Jika selepas menimbangkan laporan itu Ketua Pengarah berpendapat bahawa tidak terdapat bahaya atau bahaya yang dibimbangkan kepada orang awam, syarikat keretapi itu hendaklah dengan serta-merta memberhentikan kerja di atas tanah-tanah itu.


13. (1) Pada menjalankan kuasa-kuasa di bawah Pembayaran seksyen 11 dan 12, syarikat keretapi hendaklah melakukan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin pada tanah-tanah itu dan pampasan mencukupi hendaklah dibayar bagi. apa-apa kerosakan yang diakibatkan oleh. perjalanan kuasa-kuasa itu.

(2) Mana-mana orang yang menuntut pampasan daripada suatu syarikat keretapi bolehlah menyerahkan tuntutannya kepada Pentadbir yang hendaklah mengemukakan tuntutan itu kepada syarikat keretapi itu.

(3) Jika terdapat suatu pertikaian tentang amaun pampasan, Pentadbir hendaklah menentukan amaun itu, setakat yang boleh, mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi maksud-maksud awam yang berkuat kuasa dalam Negeri yang berkenaan.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menahan penyelesaian melalui perjanjian akan amaun pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan tanah-tanah yang rosak atau yang terjejas dengan mudaratnya oleh penjalanan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.

14. (1) Tiap-tiap syarikat keretapi hendaklah, tertakluk. kepada subseksyen (3) dan (4), membina dan menyenggarakan bagi kemudahan tuan-tuan punya dan penduduk-.penduduk tanah yang berdampingan dengan mana-mana keretapi.-

(a) apa-apa dan sekian banyak Lintasan, jambatan, gerbang, pembetung dan lorong lalu yang sesuai di atas, di bawah atau di sisi atau menuju ke atau dan keretapi itu, yang pada pendapat Ketua Pengarah adalah perlu bagi maksud mengatasi apa-apa gangguan pada penggunaan tanah yang disebabkan oleh pembinaan suatu keretapi;

(b) segala gerbang, terowong, pembetung, parit, alur air atau lorong laIu lain yang perlu di atas atau di bawah atau di sisi keretapi itu daripada apa-apa dimensi yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah mencukupi pada setiap masa untuk membawa air dan atau ke tanah-tanah yang berdampingan atau terletak berhampiran dengan keretapi itu dengan semudahnya sebelum pembinaan keretapi itu atau dengan sehampir mudah yang boleh.

(2) Tertakluk kepada Akta in kerja-kerja yang dinyatakan dalam perenggan (1) (a) dan (b) hendaklah dibuat semasa atau selepas sahaja pembentangan atau pembentukan keretapi itu di atas tanah-tanah yang dilaluinya, dan mengikut apa-apa cara yang akan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan, kemudaratan atau kesusahan yang mungkin kepada orang yang berkepentingan terhadap tanah-tanah itu atau yang terjejas oleh kerja-kerja itu, 1mengikut mana-mana yang berkenaan; dan jika terdapat kerosakan atau kemudaratan pada tanah-tanah itu, syarikat keretapi hendaklah membayar pampasan mencukupi kepada orang-orang yang berkepentingan terhadap tanah-tanah itu.

(3) Syarikat keretapi tidaklah dikehendaki—

(a) untuk membuat apa.~apa kerja kemudahan mengikut apa-apa cara yang akan menahan atau menghalang pengerjaan atau penggunaan sesuatu keretapi; atau

(b) untuk membuat apa-apa kerja kemudahan yang berkenaan dengannya tuan-tuan punya dan penduduk-penduduk tanah itu telah bersetuju untuk menerima dan telah dibayar pampasan sebagai balasan kepada mereka yang tidak menghendaki kerja-kerja itu dibuat.

(4) Jika syarikat keretapi telah mengadakan lintasan yang sesuai bagi sesuatu jalan atau anak sungai, dan jalan atau anak sungai itu kemudiannya dilencongkan oleh perbuatan atau pengabaian orang yang mempunyai kawalan ke atasnya, syarikat keretapi itu tidak boleh dikehendakj mengadakan apa-apa lintasan lain bagi jalan atau anak sungai itu.

15. Jika—

(a) seorang tuan punya atau penduduk mana-mana tanah yang berdampingan dengan suatu keretapi berpendapat - bahawa kerja-kerja kemudahan yang dibuat di bawah seksyen 14 adalah tak mencukupi untuk kegunaan lega tanah itu; atau

(b) mana-mana jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan berhasrat untuk membina suatu jal.an awam atau kerja lain merintangi, di atas atau di bawah suatu keretapi,

tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu boleh, atas perbelanjaan sendiri, menyebabkan dibuat apa—apa kerja kemudahan selanjutnya yang difikirkannya perlu dan jika dipersetujui oleh syarikat keretapi itu atau, dalam hal perselisihan pendapat di antara tuan punya, penduduk, jabatan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu dengan syarikat keretapi, apa-apa kerja kemudahan selanjutnya sebagaimana dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

16. (1) Ketua Pengarah boleh, dalam masa yang akan dinyatakan dalam perekuisisian atau dalam apa-apa masa lanjut yang ditetapkan olehnya, menghendaki syarikat keretapi—


(a) menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, pagar-pagar atau tanda-tanda sempadan untuk keretapinya dan mana-mana jalan yang dibina berkaitan dengannya; atau


(b) menyediakan atau memperbaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa kerja dalam bentuk adangan yang berhampiran atau berdampingan dengan sisi mana-mana jalan awam yang dibina sebelum pembuatan keretapi itu bagi maksud mencegah bahaya kepada orang awam yang menggunakan jalan itu.

(2) Mana-mana syarikat keretapi yang gagal mematuhi mana-mana perekuisisian yang dibuat di bawah seksyen ini adalah me1akukan suatu kesalahan.


17. Jika sesuatu syarikat keretapi telah membina suatu landasan keretapi merintangi suatu jalan awam yang sama ratanya, Ketua Pengarah boleh, jika ternyata kepadanya bahawa adalah perlu demi keselamatan dan kemudahan orang awam, pada bila-bila masa, menghendaki syarikat keretapi itu, dalam masa yang difikirkannya patut, untuk memindahkan jalan itu sama ada ke bawah atau ke atas landasan keretapi itu melalui suatu jambatan atau .gerbang dengan pendakian dan penurunan yang mudah serta jalan masuk lain yang mudah sebagai ganti melintasi jalan yang sama ratanya itu, atau untuk melaksanakan kerja-kerja lain yang ternyata kepada Ketua Pengarah mengikut hal keadaan kes itu sebagai paling sesuai bagi menghapuskan atau mengurangkan bahaya yang berbangkit daripada lintasan rata itu dan bagi memenuhi kemudahan orang awam.
.
18. (1) Apabila sesuatu syarikat keretapi telah membina suatu landasan keretapi merintangi suatu jalan awam yang sama ratanya (dan lintasan itu bukanlah suatu “lintasan rata kerja” mengikut pengertian seksyen 20), syarikat itu hendaklah menyebabkan get atau sawar yang baik dan berkesan didirikan dan disenggarakan di tempat di mana landasan keretapi itu melintasi jalan itu, dan hendaklah mengambil kerja orang-orang yang layak untuk membuka dan menutup get atau sawar itu dan get atau sawar itu hendaklah ditutup terhadap jalan awam apabila stokereta melintasi jalan itu.

(2) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, mengisytiharkan bahawa subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi lintasan-lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan itu, dan sesudah itu syarikat keretapi itu hendaklah dilepaskan daripada obligasi-obligasi yang dikenakan oleh subseksyen (1) berkenaan dengan lintasan-lintasan tersebut.

(3) Jika apa-apa perisytiharan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen (2), syarikat keretapi itu hendaklah mendirikan.papan-papan amaran di tepi jalan awam dan isyarat-isyarat wisel di tepi landasan keretapi itu pada jarak-jarak yang sesuai dan lintasan rata itu, dan pemandu tiap-tiap enjin atau kenderaan bergerak lain hendaklah membunyikan wisel enjinnya atau kenderaan bergerak lain mengikut isyarat-isyarat itu sebelum enjin atau kenderaan bergerak lain itu melintasi jalan awam itu.


(4) Syarikat keretapi itu tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana orang atau harta oleh laluan apa-apa enjin, kenderaan bergerak lain atau apa-apa stokereta lain yang terpasang padanya yang melintasi jalan awam itu di mana-mana lintasan yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah subseksyen (2) melainkan jika dibuktikan bahawa pemandu enjin, kenderaan bergerak atau stokereta itu tidak membunyikan wisel enjin, kenderaan bergerak atau stokeretanya mengikut isyarat-syarat itu.

(5) Jika sesuatu jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lain membina jalan awam merintangi landasan keretapi yang sedia ada, maka jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang 1ain yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penyenggaraan jalan sedemikian hendaklah bertanggungan membayar kepada syarikat keretapi itu kos pembinaan apa-apa get atau sawar yang didirikan oleh syarikat itu di tempat di mana jalan itu melintasi landasan keretapi itu dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya.


19. (1) Sesuatu syarikat keretapi boleh, menurut budi. bicaranya, atas permintaan yang dibuat oleh mana-mana orang, membina dan membuka lintasan-lintasan rata suwa di mana-mana tempat di atas landasan keretapi, dan boleh mengenakan syarat-syarat berkenaan dengan penggunaannya.


(2) Kos pembinaan suatu lintasan rata suwa dan sewa tahunan bagi penyenggaraannya hendaklah dibayar oleh orang yang baginya lintasan itu telah dibina.

(3) Syarikat keretapi itu boleh, sekiranya orang yang baginya lintasan itu dibina gagal mematuhj syarat-syarat yang dikenakan, atau jika adalah suai manfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan keretapi itu, menutup mana-mana lintasan rata suwa.


20. (1) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana jalan atau jalan kecil yang dilintasi oleh sesuatu landasan keretapi sebagai suatu “lintasan rata kerja”.

(2) Apabila perisytiharan sedemikian telah dibuat, syarikat keretapi hendaklah menyediakan, di lintasan rata kerja itu, get atau sawar merintangi jalan atau jalan kecil itu, yang tidak boleh ditutup merintangi landasan keretapi itu, dan yang hendak1ah dikunci apabila tidak digunakan. Kunci bagi get atau sawar itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai keretapi.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), pendua bagi kunci get atau sawar bagi mana-mana lintasan rata kerja boleh diamanahkan oleh syarikat keretapi kepada mana-mana orang yang kerap kali menggunakan lintasan rata kerja sedemikian dan kunci itu hendaklah dipegang simpan dan digunakan oleh orang itu selama apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh syarikat keretapi.

(4) Syarikat keretapi boleh, dan semasa ke semasa, menentukan waktu-waktu yang sesuai bagi pembukaan get dan sawar mana-mana lintasan rata kerja. dan get atau sawar itu hendaklah hanya dibuka oleh pegawai keretapi yang menyimpan kunci get atau sawar itu pada masa-masa yang telah ditentukan oleh syarikat keretapi.

(5) Mana-mana orang, yang bukanlah seorang yang kunci get atau sawar diamanahkan kepadanya di bawah subseksyen (3), yang berniat untuk menggunakan sesuatu lintasan rata kerja di luar waktu yang ditentukan di bawah subseksyen (4)4iendaklah memberi pegawai keretapi yang menyimpan kunci get dan sawar itu, notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian.


21. (1) Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa pada bila-bila masa terdapat bahaya atau bahaya yang disyaki bahawa mana-mana pokok (yang istilahnya dalam seksyen ini termasuk tumbuh-tumbuhan yang kecil dan rendah) yang terdapat di atas tanah selain daripada tanah keretapi mungkin terjatuh ke atas sesuatu keretapi, atau di atas laluan mana-mana telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik yang pengerjaannya dikawal keseluruhannya atau Sebahagiannya oleh suatu syarikat keretapi atau mungkin menghalang, mengganggu, atau menyebabkan kerosakan kepada pembinaan atau pengerjaan sepatutnya sesuatu keretapi atau mana-mana telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik itu atau kepada mana-mana tiang, struktur atau kelekapan lain yang menopangkannya atau yang bersangkutan dengannya, maka. syarikat keretapi boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain, yang pada pendapat Ketua Pengarah, akan rnenghindarkan bahaya itu atau menghapuskan halangan itu, mengikut mana—mana yang berkenaan.

(2) Jika sesuatu pokok menghalang atau mengganggu mana-mana isyarat terpasang, syarikat keretapi boleh menyebabkan pokok itu ditebang atau diperlakukan mengikut apa-apa cara lain yang akan menghapuskan halangan atau gangguan itu, mengikut mana-mana yang berkeñaan.


(3) Apabila pokok yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) telah wujud sebelum keretapi itu dibina, atau sebelum telegraf, telefon, isyarat, lampu elektrik atau wayar kuasa elektrik. itu dibentangkan, atau sebelum tiang, struktur atau kelekapan itu didirikan atau dipasang, atau sebelum isyarat itu dipasang, pampasan mencukupi hendaklah dibayar oleh syarikat keretapi itu kepada tuan punya atau penduduk tanah di mana pokok itu terletak.

22. (1) Tuan punya atau penduduk mana-mana tanah hendaklah, sebelum menebang atau menebas mana-mana pokok atau hutan yang bersempadanan dengan suatu keretapi, terlebih dahulu memberi notis bertulis tujuh han kepada syarikat keretapi itu mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk melindungi keretapi itu atau mana-mana telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya.

(2) Jika apa-apa kerosakan disebabkan pada keretapi atau pada mana-mana telegraf atau telefon yang didirikan di atasnya, syarikat keretapi boleh, jika tidak terdapat persetujuan, mendapatkan pampasan daripada tuan punya atau penduduk tanah itu melalui tindakan undang-undang.