BAHAGIAN III
SKIM KERETAPI

7. (1) Tiada keretapi boleh dibina dalam Malaysia tanpa kelulusan Menteri.

(2) Mana-mana orang yang berniat untuk membina suatu keretapi dalam Malaysia hendaklah membuat permohonan kepada dan mendepositkan dengan Menteri suatu skim keretapi yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a) jenis dan sistem keretapi yang dicadangkan;

(b) laluan am dan tempat terminal bagi sistem keretapi yang dicadangkan;

(c) aspek kese1amatan sistem keretapi yang dicadangkan;

(d) struktur tambang atau tambang muatan yang dicadangkan; dan

(e) apa-apa perkara lain yang akan membolehkan Menteri menilai skim keretapi itu.

(3) Tiap-tiap skim keretapi yang didepositkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan suatu peta yang menunjukkan laluan yang dicadangkan bagi keretapi itu.

(4) Menteri boleh menghendaki pemohon mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan apa-apa maklumat yang terkandung dalam skim keretapi itu dan mak1umat lanjut atau tambahan itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apaapa cara sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.


(5) Bagi mengelakkan keraguan, seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa kerja pembinaan yang dijalankan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud meningkatkan mutu atau memperbaiki mana~mana bahagian keretapi atau premis keretapi yang dikendalikan atau disenggarakan oleh syarikat keretapi itu di bawah terma-terma lesennya setakat yang kerja-kerja itu tidak termasuk pemanjangan atau pelencongan laluan keretapi yang sedia ada.

8. (1) Menteri boleh menolak atau memberi kelulusan skim bersyarat kepada sesuatu skim keretapi.

(2) Jika Menteri memberi kelulusan bersyarat kepada skim keretapi di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah mendepositkan, di pejabat Ketua Pengarah, bagi pemeriksaan awam—

(a) pelan-pelan dan keratan-keratan mengikut skala yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah yang menunjukkan jalan dan aras bagi keretapi yang dicadangkan itu dan juga—

(i) apa-apa pengubahan dimaksudkan pada aras air mana-mana terusan atau pada aras atau kadar kecondongan mana-mana jalan awam atau keretapi yang akan dilintasi oleh keretapi yang dicadangkan itu;

(ii) apa-apa pelencongan, perluasan atau penyempitan yang dimaksudkan pada mana-mana jalan awam, sungai yang boleh dilayari, terusan atau keretapi;

(iii) apa-apa pembentangan dimaksudkan bagi mana-mana bahagian keretapi yang dicadangkan di sepanjang mana-mana jalan awam; dan

(iv) apa-apa lintasan dimaksudkan bagi landasan keretapi yang. dicadangkan atas mana-mana jalan awam, sungai yang boleh dilayari, terusan atau keretapi; dan

(b) suatu buku rujukan yang mengandungi nama tuan punya dan penerima pajak tanah-tanah yang dikehendaki bagi maksud keretapi yang dicadangkan itu.

(3) Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu berkenaan dengan pelan-pelan dan keratan-keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2).

(4) Pemohon hendaklah memberi notis mengenai pendepositan pelan-pelan dan keratan-keratan serta buku rujukan itu melalui iklan dalam sekurang-kurangnya tiga terbitan berturut-turut bagi sekurang-kurangnya dua akhbar kebangsaan, yang satu daripadanya hendaklah dalam bahasa kebangsaan, yang mempelawa semua orang yang mempunyai apa-apa bantahan terhadap pelan-pelan dan keratan-keratan serta buku rujukan itu supaya menghantar suatu pernyataan mengenai bantahan mereka secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam masa tiga bulan dan tarikh notis terakhir dalam akhbar.

(5) Apabila habis tempoh tiga bulan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan pelan-pelan dan keratan-keratan serta buku rujukan yang disebut dalam subseksyen (2) berserta dengan bantahan-bantahan mengenainya kepada Menteri untuk mendapatkan kelulusan muktamad.

(6) Menteri boleh, selepas menimbangkan pelan-pelan dan keratan-keratan serta buku rujukan itu dan apa-apa bantahan mengenainya—

(a) memberi kelulusan muktamad kepada atau menolak skim keretapi itu; atau

(b) jika dia berpendapat bahawa pelan-pelan dan keratan-keratan itu patut dipinda, mengarahkan pemohon untuk menimbang semula pelan-pelan dan keratan-keratan itu dan melapor kepadanya dalam apa-apa tempoh yang dikehendakinya.

(7) Dalam hal di mana perenggan (6)(b) terpakai, Menteri boleh, se1epas menimbangkan pindaan-pindaan kepada pelan-pelan dan keratan-keratan itu dan dengan mengambil kira bantahan-bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (4), memberi kelulusan muktamadnya kepada atau menolak skim keretapi itu.

(8) Pelan-pelan dan keratan-keratan itu, jika diluluskan oleh Menteri, sama ada di bawah perenggan (6)(a) atau subseksyen (7), hendaklah disifatkan sebagai pelan-pelan didepositkan yang disebut dalam Akta ini.

(9) Menteri boleh, apabila meluluskan mana-mana skim keretapi, mengenakan apa-apa kehendak atau syarat sebagaimana yang difikirkannya sesuai.


9. (1) Mana-mana keretapi yang dibina di bawah Akta Keretapi ini hendaklah dibuat dan disenggarakan mengikut jalan dan aras yang ditunjukkan di atas pelan-pelan didepositkan dengan segala jambatan, jejambat, stesen, sisian, jalan masuk, simpang, jalan, bangunan, halaman, kerja-kerja dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya yang sempurna.

(2) Sesuatu laluan keretapi boleh menyimpang dari jalan keretapi yang ditunjukkan di atas pelan-pelan didepositkan, tetapi tiada penyimpangan sedemikian boleh dilanjutkan melampaui had penyimpangan yang ditunjukkan di atas pelan-pelan itu.


10. (1) Mana-mana tanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud pembinaan suatu keretapi dan yang ditunjukkan di atas pelan-pelan dan keratan-keratan serta disebutkan dalam buku rujukan yang didepositkan di bawah subseksyen 8(2) hendaklah disifatkan sebagai
tanah yang dikehendaki bagi suatu maksud awam
mengikut pengertian Akta Pengambilan Tanah 1960.

(2) Prosiding-prosiding di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diambil secara berasingan berkenaan dengan setiap tanah yang ditunjukkan di atas pelan-pelan dan keratan-keratan serta disebutkan dalam buku rujukan itu.


(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang pengambilan tanah-tanah bagi maksud pembinaan suatu keretapi melalui perjanjian antara syarikat keretapi dan tuan punya tanah-tanah sedemikian