BAHAGIAN II
KETUA PENGARAH KERETAPI

3. (1) Menteri hendaklah, dan semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang pegawai awam menjadi Ketua Pengarah Keretapi bagi maksud menjalankan tugas-tugas dan fungsi-fungsi yang dipertugaskan kepadanya di bawah Akta ini.

(2) Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan selama apa-apa~tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

(3) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai suatu meterai rasmi bagi pengesahan dokumen-dokumen yang dikehendaki bagi maksud tugas-tugas dan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini.


4. (1) Tugas-tugas dan fungsi-fungsi Ketua Pengarah adalah seperti berikut:

(a) untuk mengawal selia kendalian keretapi dan perkhidmatan keretapi;

(b) untuk menetapkan standard keselamatan minimum bagi kendalian keretapi;

(c) untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan menetapkan kelayakan minimum bagi mana-mana pegawai keretapi yang diamanahkan dengan penjagaan,
pengawalan atau pengendalian sesuatu keretapi
sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Ketua Pengarah;

(d) untuk memajukan kepentingan pengguna-pengguna kemudahan dan perkhidmatan keretapi, khususnya berkenaan dengan kadar-kadar yang dikenakan, dan standard atau kualitinya; dan

(e) untuk memajukan dan menggalakkan pengembangan dan pembaikan sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Malaysia.


(2) Pada menunaikan tugas-tugas dan fungsi-fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira yang berikut:

(a) ekonomi dan kecekapan;

(b) semua permintaan munasabah bagi kemudahan dan perkhidmatan keretapi;

(c) pemajuan kemudahan dan perkhidmatan keretapi pada kadar yang konsisten dengan perkhidmatan yang cekap;

(d) pemupukan kemajuan sepatutnya sistem keretapi dan kemudahan serta perkhidmatan keretapi di Malaysia; dan

(e) polisi-polisi semasa Kerajaan berkenaan dengan kemajuan sosial dan ekonomi serta perlindungan alam sekeliling.


5. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, Kuasa mewakilkan kepada mana-mana pegawai awam, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk dikenakan, apa-apa tugas atau fungsinya di bawah Akta ini kecuali kuasa untuk mernbuat peraturan-peraturan.

(2) Apa-apa perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak boleh menahan Ketua Pengarah itu sendiri daripada melaksanakan tugas atau menjalankan fungsi yang diwakilkan demikian.


6. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Ketua Pengarah arahan-arahan yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan semua arahan sedemikian.