|
JADUAL
(Subseksyen 89 (7)) (3) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Menteri. (4) Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipan-kewajipannya dengan berkesan. 2. (1) Jawatan seseorang anggota Perbadanan hendaklah menjadi kosong— (a) jika dia mati; (b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia
telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—.— (ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(d) jika dia tak sempurna akal atau, kerana apa-apa sebab lain, tak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya; (e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Perbadanan; (f) sekiranya perletakan jawatannya diterima oleh Menteri; (g) jika perlantikannya dibatalkan oleh Menteri.
3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota-anggota Perbadanan apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. 4. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki. (2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Perbadanan hendaklah menetapkan prosedurnya sendiri.
6. Seseorang anggota Perbadanan yang, secara langsung atau tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. 7 Perbadanan hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat
disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. |