|
BAHAGIAN XII
PERBADANAN ASET KERETAPI DAN HARTA KERETAPI
89. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Perbadanan Aset Kenetapi” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan”) yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadai, menggadai-janji, mendemiskan, rnenyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan, atau mengurusniagakan, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletakhak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut. (a) seorang wakil Kementerian Pengangkutan; (b) seorang wakil Perbendaharaan; (c) seorang wakil Unit Perancang Ekonomi; (d) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan; (e) Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi anggota ex-officio ; dan (f) tidak lebih daripada dua orang anggota lain. (3) Menteri hendaklah melantik seorang dan kalangan anggota-anggota Perbadanan untuk menjadi Pengerusi. (4) Jika Pengerusi tidak dapat hadir di mana-mana mesyuarat Perbadanan oleh sebab sakit, ketakupayaan atau apa-apa sebab lain, maka Menteri boleh melantik mana-mana anggota lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk mempengerusikan mesyuarat dan anggota tersebut bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu. (5) Pengerusi dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk kuorum di sesuatu mesyuarat Perbadanan. (6) ika, mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan, terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. (7) Peruntukan-peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Perbadanan. (8) Fungsi-fungsi Perbadanan adalah— (a) untuk mengurus, mentadbir dan menyenggarakan— (i) segala harta dan hak Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 92 adalah terletakhak pada Perbadanan; (ii) segala harta yang terletakhak pada, atau dipegang atau diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh yang menurut kuasa seksyen 93 adalah terletakhak pada Perbadanan, dan untuk mengurus dan mentadbirkan segala liabiliti berkenaan dengannya; (b) untuk menggalakkan dan mengusahakan projek-projek bagi pemajuan atau pemajuan semula mana-mana infrastruktur atau kemudahan keretapi; dan (c) untuk menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini. 90. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik seseorang yang layak dan sesuai sebagai Pengurus Aset Keretapi yang hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan. (2) Maka hendaklah dibayar kepada Pengurus Aset Keretapi apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan. 91. (1) Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada
Menteri, dan Menteri boleh, dan semasa ke semasa, memberikan arahan-arahan
yang tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan Perbadanan
hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, melaksanakan segala arahan
itu.
(c) dengan kelulusan Menteri Kewangan, untuk membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian keuntungan, penyatuan kepentingan, kerjasama atau usahasama dengan mana-mana syarikat keretapi yang dinamakan oleh Menteri atau mana-mana orang lain atau kumpulan orang atau untuk menubuhkan atau menggalakkan penubuhan dan perkembangan. syarikat di bawah Akta Syarikat 1965.
(2) Segala harta, hak dan liabiliti Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu di bawah ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, terletakhak pada Perbadanan tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan dan segala sebutan mengenai “Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu”, “Keretapi Tanah Melayu”, atau “Pengurus Besar, Keretapi Tanah Melayu” berhubungan dengan mana-mana harta dalam apa-apa suratcara, suratikatan, hakmilik, dokumen atau undang-undang bertulis hendaklah ditafsirkan seolah-olah segala sebutan sedemikian adalah sebutan mengenai “Perbadanan Aset Keretapi “.
94. (1) Segala tanah dalam Republik Singapura yang terletakhak pada Kerajaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud-maksud mengendalikan dan menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan keretapi di Republik itu menurut atau di bawah Ordinan Pemindahan Keretapi Singapura 1918 atau Akta Keretapi 1987 Republik itu hendaklah masih terletakhak pada Kerajaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibawah Akta ini. (2) Segala harta yang terletak di Republik Singapura dan yang terletakhak pada, dipegang atau telah diperolehi oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Ordinan termansuh hendaklah masih terletakhak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Akta ini.
96. (1) Perbadanan boleh, dengan persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan, dari semasa ke semasa, melantik sekian bilangan pegawai dan pengkhidmat atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbadanan dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud-maksud Bahagian ini. (2) Perbadanan boleh, dan semasa ke semasa, mengguna khidmat dan membayar ejen-ejen dan penasihat-penasihat teknik, termasuk peguambela dan peguamcara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang-orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, menjalankan kuasa-kuasanya atau menunaikan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini dengan lebih baik. (3) Seseorang pegawai atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Perbadanan hendaklah tertakluk kepada kawalan. dan arahan Perbadanan.
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan semasa ke semasa bagi maksud-maksud Perbadanan di bawah Bahagian ini; (b) apa-apa jumlah wang yang disedia adakan dari semasa ke semasa bagi Perbadanan melalui pinjaman; dan (c) wang yang didapatkan atau yang berbangkit daripada apa-apa jualan harta atau apa-apa urusniaga lain yang berhubungan dengan harta atau pelaburan, gadai-janji, gadaian atau debentur yang diperolehi oleh atau terletakhak pada Perbadanan. (3) Kumpulan Wang hendaklah belanjakan bagi maksud-maksud membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Perbadanan, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran. (4) Perbelanjaan Perbadanan sehingga suatu amaun yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang. (5) Sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu ‘anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pemajuan ) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Kewangan, dan Menteri Kewangan hendaklah, berunding dengan Menteri, sebelum bermulanya tahun yang berikut itu, memberitahu Perbadanan mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan. (6) Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri Kewangan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan itu. 99. (1) Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Perbadanan jika dia, secara langsung atau tak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa syer atau kcpentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan. (2) Mana-mana pegawai atau pcngkhidmat Perbadanan yang mempunyai atau memperolehi apa-apa syer atau kepentingan sedemikian boleh menurut budi bicara Perbadanan dibuang kerja. (3) Jika mana-mana pegawai atau pcngkhidmat Perbadanan pada masa perlantikannya scbagai pegawai atau pengkhidmat sedemikian telahpun mempunyai atau mengawal apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana harta yang, terkemudian daripada penlantikannya sebagai pegawai atau pengkhidmat sedemikian, dimasukkan atau diniatkan untuk dimasukkan dalam mana-mana kontrak atau kontrak dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Perbadanan, maka dia hendaklah mendedahkan perkara itu kepada Perbadanan secara bertulis. 100. (1) Perbadanan hendaklah memberi Menteri akaun tahunan teraudit bagi setiap tahun kewangan dalam masa enam bulan dalam tahun yang benikutnya. Perbadanan hendaklah memberi Menteri segala penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan-peruntukan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantarkan kepada Menteri suatu laporan mengenai aktiviti-aktiviti Perbadanan dalam tahun kewangan yang sebelumnya dan dalam apa-apa bentuk dan rnengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan polisi Perbadanan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan semasa ke semasa. 101. (1) Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini, Pengurus Aset Keretapi hendaklah, menurut arahan Perbadanan, menyelesaikan segala soalan yang berhubungan dengan perkhidmatan, saraan, keistimewaan dan elaun pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan. (2) Tertakluk kepada apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini, Perbadanan boleh mewakilkan kuasanya untuk menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan kepada Pengurus Aset Keretapi kecuali kuasanya untuk membuang kerja mana-mana pegawai atau pengkhidmat Perbadanan. 102. Perbadanan boleh, dengan persetujuan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pcrbendaharaan, dan semasa ke semasa, membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan termasuk kaedah-kaedah untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan. 103. Perbadanan boleh menjual, memindahhakkan, memindahkan,
memajakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai-janjikan,
menggadaikan, memindahhakkan semula, menyerahhakkan semula, atau selainnya
mengurusniagakan mana-mana harta tak alih yang disebutkan dalam seksyen
93 atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Menteri. (a) semua tanah Negeri yang pada mula berkuatkuasanya Ordinan termansuh telah diduduki, atau di bawah kawalan, atau digunakan bagi maksud-rnaksud, Keretapi Tanah Melayu, hendaklah disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini sama ada atau tidak apa-apa perizapan nyata telah disiarkan berkenaan dengannya; dan (b) semua tanah yang disifatkan sebagai rizab keretapi
di bawah seksyen 16 atau 17 Ordinan termansuh hendaklah terus disifatkan
sebagai rizab keretapi di bawah Akta ini. 105. (1) Ordinan Keretapi 1948 adalah dimansuhkan. (2) Walau apa pun subseksyen (1), semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah atau mengikut Ordinan termansuh hendaklah, setakat yang perundangan subsidiari itu tidak tak konsisten dengan Akta in terus berkuatkuasa sehinggalah dipinda, dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini. (3) Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh— (a) menyentuh penguatkuasaan terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Ordinan termansuh; dan (b) menyentuh apa-apa hal, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau dilakukan di bawah Ordinan termansuh. (4) Segala sewa yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa pajakan rizab keretapi yang diberikan di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan termansuh hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 106. Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, membuat
apa-apa peruntukan yang didapatinya perlu atau suaimanfaat bagi maksud
menghapuskan apa-apa kesusahan yang disebabkan oleh mula berkuatkuasanya
Akta ini, dan mana-mana peraturan sedemikian boleh dibuat supaya mempunyai
kuatkuasa mulai dan tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini. |