BAHAGIAN XI
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI

83. Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberikuasa olehnya bagi maksud itu, boleh bagi maksud-maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana keretapi atau premis keretapi untuk memeriksa dan meneliti keadaan keretapi atau premis keretapi itu.

84. Jika dua atau lebih syarikat keretapi, yang keretapi masing-masing mempunyai satu terminal yang sama atau suatu bahagian daripada jalan perhubungan keretapi yang sama, tidak dapat bersetuju mengenai perkiraan bagi menguruskan, di terminal yang sama itu atau di tempat persimpangan di antaranya, keselamatan trafik bersama mereka, maka Ketua Pengarah, atas permohonan, salah satu atau mana-mana syarikat itu, boleh memutuskan perkara-perkara yang dipertikaikan di antara mereka, setakat yang perkara-perkara itu berhubungan dengan keselamatan orang awam, dan boleh menentukan sama ada keseluruhan atau sekian kadar perbelanjaan yang terlibat dalam perkiraan itu hendak ditanggung oleh salah satu atau mana-mana syarikat itu masing-masingnya.


85. (1) Mana-mana syarikat keretapi yang dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu memorandum bagi apa-apa pertukaran pada struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada, bagi kelulusan Menteri, dan jika tiada jawapan diterima daripada Menteri dalam masa enam bulan daripada pengemukaannya, pertukaran pada struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila habis tempoh itu.


(2) Syarikat keretapi jtu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyiarkan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, salah satunya hendaklah dalam bahasa kebangsaan.


(3) Ketua Pengarah hendaklah., dengan seberapa segera yang praktik, membuat pemberitahuan yang perlu dalam Warta bcrkenaan dengan pertukaran struktur tambang, kadar atau caj yang sedia ada itu.

86. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlakunya apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat-masuk atau apa-apa kejadian lain yang rnenimbulkan darurat atau demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, memberikuasa Menteri untuk—

(a) mengambil milikan sementara akan mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi yang diadakan, disenggarakan atau dikerjakan oleh sesuatu syarikat keretapi;

(b) menarik balik, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan keretapi daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

(2) Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai kewujudan sesuatu darurat awam atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang diPertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai hal itu.

(3) Jika Kerajaan mengambil milik mana-mana keretapi atau perkhidmatan atau kemudahan keretapi di bawah perenggan (1)(a), pampasan mencukupi hendaklah dibayar.

87. (1) Tiada satu pun stokereta, jentera, loji, alat, kelekapan, bahan atau harta benda yang digunakan atau disediakan oleh sesuatu syarikat keretapi bagi maksud trafik di atas keretapinya, atau bagi maksud stesen atau bengkelnya, boleh diambil untuk pelaksanaan apa-apa dekri atau perintah mana-mana mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau orang yang mempunyai kuasa menurut undang-undang untuk menahan atau merampas harta, atau selainnya menyebabkan harta diambil untuk pelaksanaan melainkan jika melalui perintah atau arahan mahkarnah menurut perenggan 80 (b).


(2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (I) boleh ditafsirkan sebagai menyentuh kuasa mana-mana mahkamah untuk menahan pendapatan sesuatu syarikat keretapi untuk pelaksanaan sesuatu penghakiman atau perintah.


88 (1) Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat bagi menjalankan atau mencapai tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a) untuk memastikan dan mengawalselia pembawaan selamat penumpang-penumpang dan barang-barang oleh mana-mana syarikat keretapi;

(b) untuk mengawalselia penggunaan dan penyenggaraan selamat premis keretapi;

(c) untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai barang-barang merbahaya atau memudaratkan dan pengawalseliaan pembawaan barang—barang sedemikian;

(d) untuk menetapkan caj maksimum yang kena dibayar bagi membawa penumpang-penumpang dan barang-barang oleh mana-mana syarikat keretapi;

(e) untuk menetapkan apa yang hendak disifatkan sebagai penyakit berjangkit atau menular dan untuk mengawalselia syarat-syarat yang di bawahnya syarikat-syarikat keretapi boleh membawa orang-orang atau haiwan yang mengalami penyakit-penyakit berjangkit atau menular itu, dan untuk mengadakan peruntukan mengenai disinfeksi koc-koc yang telah digunakan oleh orang-orang atau haiwan itu;

(f) untuk mengawalselia pembinaan penyenggaraan keretapi dan pelintasan cara menghampiri mana-mana jalan awam jalan besan oleh sesuatu tren;

(g) untuk mengadakan peruntukan bagi pencegahan pencerobohan, kacau-ganggu galangan ke atas, atau kerosakan kecacatan kepada, sesuatu keretapi;

(h) untuk mengadakan peruntukan bagi pengekalan dan penggalakan ketertiban, kesucian dan kebersihan di atas sesuatu keretapi;

(i) untuk menetapkan borang dan prosedur yang berhubungan dengan pendaftaran pemandu-pemandu tren dan mana-mana orang lain yang diamanahkan dengan penjagaan, pengawalan atau pengendalian keretapi dan untuk menetapkan kelayakan-kelayakan minimum yang perlu dimiliki oleh orang-orang itu; dan

(j) untuk rnenetapkan standard dan spesifikasi minimum berkenaan dengan rekabentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan untuk mengawalselia penggunaan lintasan itu.