BAHAGIAN X
PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN LESEN

79. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sesuatu syarikat keretapi sedang melanggar, atau telah atau pembatalan melanggar dan berkemungkinan melanggar lagi mana lesen. mana daripada syarat-syarat lesennya, Ketua Pengarah boleh mcmberi notis bertulis kepada syarikat keretapi itu yang menghendakinya mematuhi syarat itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.

(2) Jika apabila habis tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, syarikat keretapi itu gagal mematuhi syarat yang tersebut di dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai kegagalan syarikat keretapi itu dan laporan itu hendaklah dalam bentuk yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah.

(3) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu adalah, bersifat serius atau menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan bahawa syarikat keretapi itu telah enggan mengambil atau telah tidak rnengarnbil segala langkah yang ternyata kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi syarikat keretapi itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen syarikat keretapi itu dan notis sedemikian hendaklah juga menetapkan atau menyatakan—

(a) syarat lesen yang te1ah di1anggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang membentuk pelanggaran itu; dan

(b) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dan tarikh notis itu) yang dalam mana syarikat keretapi itu boleh membuat representasi-representasi mengenai penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.


(4) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat keretapi, Menteri hendaklah memutuskan sama ada untuk meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.


(5) Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada syarikat keretapi itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuatkuasa dan tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.


(6) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

80. (1) Jika sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 79 dan Menteri berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan awam bagi apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh syarikat keretapi itu diteruskan, maka dia boleh me1alui perintah yang disiarkan dalam Warta—


(a) memperuntukkan bagi Ketua Pengarah mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal-ehwal syarikat keretapi itu, dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas sekian bahagian harta, perniagaan dan ha1 ehwalnya dan menjalankan sekian bahagian perniagaan dan ha1 ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau memperuntukkan bagi Ketua Pengarah melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua Pengarah dan memperuntukkan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah, atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya kena dibayar daripada kumpulan wang dan harta syarikat itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;

(b) sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan yang hcndaklah dibuat oleh Ketua Pengarah kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seseorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan perniagaan, hal-ehwal dan harta syarikat keretapi itu, atau sekian bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan bagi segala perintah atau arahan Mahkamah Tinggi yang sampingan, tambahan atau berbangkit berhubungan dengan pelantikan itu sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat o1eh Ketua Pengarah.

(2) Suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) boleh, dari semasa ke semasa, diubah suai, dipinda, diubah pinda, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika ia tidak tak praktik atau tak adil untuk berbuat demikian, secara retrospektif, melalui suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1).


(3) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat seumpamanya oleh Menteri dan apa-apa perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat sampingan, tambahan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Menteri.


81. (1) Seseorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 80 (1) (a) hendaklah dilantik selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, tetapi tidaklah melebihi, dalam mana-mana hal, dua tahun tetapi boleh dilantik semula, dengan terlebih dahulu mendapat ke1ulusan Menteri, selama tiga tempoh lanjut berturut-turut yang tidak melebihi satu tahun setiap satu, dan hendaklah, dalam tempoh perlantikan atau perlantikan semula itu, memegang jawatannya mengikut kehendak Ketua Pengarah.


(2) Terma-terma dan syarat-syarat perlantikan yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada perintah yang di bawahnya perlantikan itu dibuat dan kepada subseksyen (1), ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengikat syarikat keretapi yang berkenaan.

(3) Seseorang yang memegang mana-mana perlantikan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidaklah melakukan apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata disebabkan dia memegang perlantikan sedemikian.

(4) Jika seorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu syarikat keretapi oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 80(1) (b), segala kos, caj dan perbelanjaan yang sepatutnya, termasuklah saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah kena dibayar daripada aset-aset syarikat keretapi itu dengan diberi keutamaan daripada segala tuntutan lain.

82. (1) Jika kawalan ke atas sesuatu syarikat kcretapi telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 80, syarikat itu dan pengarah-pengarah serta pegawai-pegawainya hendaklah mengemukakan harta, perniagaan dan hal-ehwalnya kepada kawalan itu, dan hendaklah mengadakan untuk Ketua Pengarah atau, jika kawalan itu diambil alih oleh seseorang yang dilantik oleh Ketua Pengarah (kemudian daripada ini dalam Bahagian ini disebut sebagai “orang dilantik”), untuk orang dilantik itu, segala kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal-ehwal syarikat keretapi itu.

(2) Jika kawalan ke atas sesuatu syarikat keretapi telah diambil alih menurut perintah di bawah seksyen 80, Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mempunyai kawalan ke atas harta, perniagaan dan hal ehwal syarikat keretapi yang berkenaan, dan menjalankan perniagaan dan hal-ehwal syarikat itu atas nama dan bagi pihak syarikat itu, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah tersebut, sehinggalah suatu masa apabila perintah tersebut dibatalkan di bawah subseksyen 80 (3).


(3) Di sepanjang tempoh kawalan sesuatu syarikat keretapi menurut perintah di bawah seksyen 80, hendaklah terletakhak pada Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana berkenaan, segala kuasa syarikat itu dan pengarah-pengarahnya, di bawah dokumen-dokumen konstituen syarikat itu atau yang boleh dijalankan oleh syarikat itu atau pengarah-pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau dengan cara apa sekalipun selainnya, tidak kira sama ada kuasa-kuasa itu boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa jua pun cara lain, dan apa-apa jua pun kesulitan yang berbangkit berhubungan dengannya boleh diselesaikan oleh Menteri melalui arahan bertulis.

(4) Dalam tempoh yang suatu perintah di bawah seksyen 80 sedang berkuatkuasa, tiada pengarah syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu boleh, sama ada secara langsung atau tak langsung, melibatkan din dalam apa-apa aktiviti berhubungan dengan syarikat itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan daripada apa jua pun jenis boleh terakru atau menjadi kena dibayar kepada mana-mana pengarah syarikat itu, kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan seperti yang disebut terdahulu oleh Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana rang berkenaan.

(5) Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 80 tidak berkuatkuasa untuk rnemberi kepada, atau meletakhakkan pada, Ketua Pengarah atau orang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hakmilik bagi, atau apa-apa kepentingan benefisial dalam, mana-mana harta syarikat keretapi yang dimaksudkan oleh perintah itu.