BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keretapi 1991 dan hendaklah terpakai bagi semua keretapi di Malaysia. (2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh
yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuat
kuasanya— (b) kesemua peruntukan atau peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan Negeri-Negeri atau wilayah-wilayah yang berlainan.
“barang-barang” termasuklah beg barang dan harta alih lain daripada apa-apa perihalan, dan haiwan sama ada yang hidup atau mati; “beg barang” atau “beg barang penumpang” ertinya apa-apa artikel untuk kegunaan dan kemudahan sendiri sebagaimana yang biasanya dibawa oleh penumpang tetapi tidaklah, kecuali dalam hal pedagang kembara, termasuk artikel-artikel yang dibawa bagi maksud perniagaan, perdagangan atau keuntungan; “demuraj” termasuklah caj-caj bagi penahanan kenderaan, vesel, loji atau kelengkapan; “gudang” ertinya apa-apa bangunan atau tempat yang disediakan atau digunakan oleh suatu syarikat keretapi bagi maksud menyimpan barang-barang; dan sekiranya syarikat keretapi itu mendapati bahawa barang—barang yang hendak disimpan dalam gudang itu~. lebih sesuai dibiarkan dalam trak, maka trak itu apabila ditempatkan di suatu sisian hendàklah, bagi maksud-maksud Akta ini, disifatkan sebagai suatu gudang; “harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah— (a) apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa, keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletakhak atau kontingen, berhubungan dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai; (b) apa-apa dokumen pemindahhakan yang disempurnakan bagi memindahhakkan, menyerahhakkan,menguntukkan, menyerahkan, atau selainnya memindahkan atau melupuskan harta hak alih yang dipunyai atau diimiliki oleh orang yang menyempurnakan dokumen pemindahhakan itu atau yang keatasnya orang itu berhak mendapat hak kontingen, sama ada bagi seluruh kepentingannya atau apa-apa kepentingan yang kurang daripada itu; (c) apa-apa suratcara kewangan; (d) apa-apa suratcara atau sekuriti lain; (e) apa-apa perniagaan; dan (f) apa-apa harta ketara atau tak ketara lain; “kadar” termasuklah apa-apa tambang, tambang muatan, caj atau bayaran lain bagi pengangkutan mana-mana penumpang atau barang; “keretapi” ertinya apa-apa jua keretapi bagi pembawaan awam penumpang-penumpang atau barang-barang atau kedua-duanya, atau mana-mana bahagian keretapi itu, dan termasuklah— (a) segala rel, rasuk, kabel, sisian atau cabang yang dikerjakan bagi maksud-maksud, atau berkaitan dengan, suatu keretapi; (b) segala stokereta yang digunakan bagi maksud trafik; dan (c) setakat yang konteksnya membenarkan, suatu keretapi yang sedang dalam pembinaan oleh atau bagi mana-mana syarikat keretapi, tetapi tidaklah termasuk— (d) Keretapi Bukit Bendera dan Keretapi Negeri Sabah; (e) mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan. untuk digunakan, oleh mana-mana orang untuk membawa barangbarang dalam mana-mana premis yang diduduki oleh orang itu; dan (f) mana-mana keretapi yang digunakan atau, dalam hal suatu keretapi yang akan dibina, yang dimaksudkan untuk digunakan, keseluruhannya atau terutamanya untuk membawa penumpang-penumpang dalam mana-mana premis hiburan atau rekreasi; “Keretapi Tanah Melayu” ertinya pengusahaan yang dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu di bawah Ordinan termansuh; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Keretapi yang dilantik di bawah seksyen 3; “lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 23; “Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keretapi; “Ordinan termansuh” ertinya Ordinan Keretapi 1948; “pegawai keretapi” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh atau bagi pihak mana-mana syarikat keretapi untuk melaksanakan apa-apa fungsi. berkaitan dengan keretapi; “Pentadbir” mempunyai erti yang sama yang
diberi kepada “Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah
Negara 1965, “Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah “penyakit berjangkit atau menular” ertinya apa-apa penyakit yang diisytiharkan sebagai berjangkit atau menular oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 88; “Pesuruhjaya -Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik ~di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957; premis keretapi” ertinya kesemua premis yang di bawah kawalan atau yang diduduki atau digunakan oleh mana-mana syarikat keretapi; “rizab keretapi” ertinya— (a) semua tanah yang dirizabkan sewajarnya, sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, bagi maksudmaksud Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Keretapi Negeri Johor atau Keretapi Tanah Melayu di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 atau di bawah peruntukan-peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang tanah terdahulu sebagaimana ditakrifkan dalam Kanun~Tanah Negara 1965; dan (b) semua tanah yang disifatkan sebagai rizab keretapi di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 16 atau seksyen 17 Ordinan termansuh;
“stokereta” terrnasuklah tender, motor, koc, wagon. trak, troli, pengangkut daripada apa-apa jenis dan enjin lokomotif serta enjin jenis lain yang digunakan di atas keretapi; “syarikat keretapi” termasuklah mana-mana orang atau orang-orang, sama ada diperbadankan ataupun tidak, yang merupakan pemunya atau penerima pajak sesuatu keretapi atau pihak-pihak kepada suatu perjanjian bagi pengerjaan sesuatu keretapi; “tambang” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau yang boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau yang boleh dikenakan bagi pembawaan penumpang; “tambang muatan” termasuklah semua jumlah wang yang diterima atau yang boleh diterima dan semua jumlah wang yang dikenakan atau yang boleh dikenakan bagi pengangkutan barang; dan “tanah Negeri” mempunyai erti yang diberi
kepadanya dalam Kanun Tanah Negara 1965. |