|
BAHAGIAN VIII
(a) pegawai keretapi yang menjaga stesen yang paling
hampir dengan tempat di mana kemalangan itu berlaku hendaklah, tanpa kelengahan
yang tak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh
empat jam selepas kemalangan itu berlaku, memberi notis mengenai kemalangan
itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada
pegawai yang menjaga balai polis yang paling hampir; dan
KEMALANGAN 45. (1) Bilamasa suatu kemalangan berlaku di atas suatu keretapi— (b) syarikat keretapi hendaklah, tanpa kelengahan yang tak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas kemalangan itu berlaku, menghantar notis bertulis, mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah. (2) Notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan ringkas mengenai jenis kemalangan itu dan rnengenai takat kecederaan atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan itu. 46. (1) Syarikat keretapi hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin se1epas berlakunya suatu kemalangan, menyebabkan suatu siasatan dibuat oleh suatu jawatankuasa pegawai-pegawai keretapi bagi menyiasat sebab-sebab kemalangan itu tetapi dalam kes di mana tidak terdapat keraguan munasabah mengenai sebab kemalangan itu atau syarikat keretapi itu menerima segala tanggungjawab, adalah tidak perlu untuk mengadakan siasatan sedemikian. (2) Syarikat keretapi hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu laporan mengenai kemalangan itu dan laporan itu hendaklah menyatakan tindakan yang akan diambil oleh syarikat itu berkenaan dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab bagi kemalangan itu atau bagi penyemakan kaedah-kaedah atau sistem bekerja dan, jika suatu siasatan telah diadakan di bawah subseksyen (1), suatu laporan mengenai siasatan itu. (3) Ketua Pengarah boleh, jika dia tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (2), dan dengan kelulusan Menteri, membentuk suatu jawatankuasa penyiasatan untuk menyiasat sebab kemalangan itu. (4) Bagi maksud-maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa
penyiasatan itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri apa-apa
mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberi keterangan atas sumpah atau
mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya dan untuk
memeriksa sebagai seorang saksi atau menghendakinya supaya mengemukakan
apa-apa dokumen atau benda lain dalam milikannya berhubungan dengan perkara-perkara
yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian. (a) setelah dipanggil menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, gagal berbuat demikian; (b) rnenunjukkan apa-apa perbuatan tak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya semasa sesuatu siasatan; atau (c) setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberi keterangan atas sumpah atau supaya mengemukakan suatu dokumen atau benda lain, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan dokumen atau apa-apa benda lain yang diketahuinya adalah palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (6) Jawatankuasa~penyiasatan itu hendaklah, apabila selesainya siasatan itu, mengemukakan laporannya kepada Ketua Pengarah dan laporan itu hendaklah menyatakan pendapat jawatankuasa itu tentang sebab kemalangan itu dan butir-butir lengkap kes itu.
(2) Mana-mana orang yang dilantik sedemikian hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan, bagi maksud-maksud siasatan itu, segala kuasa statutori dan kuasa-kuasa lain sebagaimana yang sedang terletakhak pada dan boleh dijalankan oleh seorang majistret bagi memanggil dan menguatkuasakan kehadiran saksi, bagi mentadbirkan sumpah atau ikrar kepada saksi itu dan bagi memaksa saksi itu menjawab semua soalan yang munasabah dan berpatutan berhubungan dengan perkara-perkara yang menjadi subjek siasatan itu. (3) Orang yang mengadakan siasatan sedemikian hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu salinan prosiding itu dan melaporkan pendapatnya tentang sebab kemalangan itu berserta dengan butir-butir lengkap kes itu. 48. Bagi maksud seksyen 45, 46 dan 47, “kemalangan” ertinya suatu kemalangan yang melibatkan kehilangan nyawa manusia atau cedera parah kepada mana-mana penumpang di atas mana-mana tren atau kepada mana-mana orang yang terlibat dalam pengerjaan keretapi atau yang melibatkan kerosakan teruk kepada harta atau suatu kemalangan dari sekian perihalan yang biasanya melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan atau kerosakan sedemikian. 49. Ketua~Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri. membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan— (a) bentuk-bentuk notis yang tersebut dalam seksyen 45,
dan butir-butir kemalangan yang hendaklah terkandung dalam notis-notis
itu; (c) tugas-tugas pegawai keretapi atau pegawai polis apabila berlakunya sesuatu kemalangan; dan (d) prosedur bagi apa-apa siasatan ke atas sesuatu kemalangan.
51. (1) Mana-mana syarikat keretapi yang gagal memberi notis mengenai kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 45 hendaklah membayar kepada Kerajaan suatu jumlah wang sebanyak satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama keingkaran itu berterusan. (2) Mana-mana pegawai keretapi yang menjaga stesen yang tidak memberi notis mengenai kemalangan sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 45 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak rnelebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
|