Kereta api enjin diesel nadi Beaufort-Tenom


Oleh Hassan Omar


PENUMPANG kereta api dari Beaufort ke Tenom lebih
gemar duduk di 'open wagon' untuk menikmati
pemandangan indah.

Perjalanan 49km naik gerabak antik pengalaman unik untuk nikmati pemandangan indah pedalaman Sabah

MENAIKI kereta api berenjin diesel berusia kira-kira 40 tahun tanpa pendingin hawa dengan kadar tambang RM2.75 dari Beaufort ke Tenom, Sabah terasa agak menyeksakan.

Tanpa kusyen empuk dan pendingin hawa, perjalanan sejauh 49 kilometer dengan melalui kawasan berbukit dan pinggir hutan itu terasa agak meletihkan.

Namun, di sebalik kusyen keras, lantai gerabak yang dipenuhi pasir dan cebisan plastik pembungkus makanan serta dinding gerabak yang dipenuhi contengan, perjalanan itu terasa ada kelainan dan menghiburkan.

Meskipun gegendang telinga ditujah dengan suara enjin diesel kereta api, geseran roda kereta api pada landasan yang membingitkan dan hentakan serta gegaran terhinjut ke kiri dan kanan, perjalanan selama dua setengah jam itu memberikan pengalaman cukup menarik.

Kereta api menggunakan enjin Hitachi 5101 milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu adalah satu-satunya perkhidmatan kereta api berenjin diesel yang bukan setakat bersifat tunggal di Sabah, malah di seluruh Borneo.

Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.