Sentral: Pengangkutan awam masih pilihan ramai
Oleh Nor Azma Laila

Warga kota minta pertingkat khidmat elak lewat, kejadian boleh ancam nyawa penumpang

KUALA LUMPUR: Bas, komuter, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) serta teksi adalah antara pengangkutan awam yang sering digunakan masyarakat negara ini untuk ke tempat kerja atau destinasi lain yang ingin dituju.

Bukan hanya kerana tambangnya yang dikatakan berpatutan menjadikan ia pilihan ramai warga ibu kota tetapi juga kerana perkhidmatannya yang cepat menyebabkan orang ramai memilih menggunakan pengangkutan awam terutama LRT untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, apabila berlaku kelewatan dalam jadual perjalanan pengangkutan awam itu seperti bas dan LRT, ia sedikit sebanyak menjejaskan mutu perkhidmatan pengangkutan awam itu sekali gus menyebabkan pengguna mula hilang kepercayaan untuk menggunakannya.

Apatah lagi apabila berlaku beberapa insiden yang mengejutkan seperti sebelum ini yang mana penumpang terperangkap dalam tren komuter apabila ia tiba-tiba tidak boleh berfungsi berikutan masalah teknikal tren berkenaan.

Begitu juga dengan kejadian tren Star-LRT yang tergelincir dari landasan menyebabkan ada segelintir pengguna mula curiga untuk menggunakan perkhidmatan itu, bagaimanapun tetap menjadi pilihan sesetengah individu kerana tidak mempunyai pilihan.

Copyright © 2006-2007 Jabatan Keretapi Malaysia. All rights reserved.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.